Ahad, 29 Jun 2008

SiApA BaKaL KeTuA ?????



Datuk Ahmad Zaki Zahid akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dalam mesyuarat pemilihan yang akan bermula pada Julai 2008 ini.



VS



Khabar angin, desas-desus mengatakan Dato' Muhammad Khairun Aseh akan mencabar Datuk Ahmad Zaki untuk jawatan ini setelah tewas dalam pemilihan pada tahun 2004.




.

Suara Politik Putrajaya

PUTRAJAYA 17 April - Berkuat kuasa serta-merta, semua kepimpinan UMNO peringkat bahagian ditegah menaja dan menganjurkan jamuan dan rombongan termasuk ke luar negara bagi mengelak rasuah politik menjelang pemilihan parti Julai ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pekeliling mengenai arahan itu telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat parti kepada semua bahagian di seluruh negara.

''Arahan telah dikeluarkan melarang mereka menganjurkan rombongan, menerima sebarang pemberian hadiah dan wang untuk menghadapi pemilihan parti.

''Ketika ini Ibu Pejabat sedang mencetak tataetika UMNO yang telah diperbaharui untuk diedarkan kepada semua bahagian dalam waktu terdekat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika dihubungi berkata, tataetika yang disusun semula itu mengandungi penjelasan lebih terperinci mengenai bentuk perbuatan yang ditegah dilakukan oleh calon bertanding pada pemilihan kali ini.

''Antaranya, apa bentuknya berserta contoh-contoh kes yang lepas sehingga sampai ke tahap kesalahan besar.

''Oleh itu, jika ada mana-mana ahli parti menemui atau melihat sesuatu perlakuan mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan rasuah politik, maka mereka boleh buat laporan kepada Ibu Pejabat parti," kata beliau yang juga Naib Presiden parti.

Menurut Muhyiddin, satu majlis taklimat khas menerangkan mengenai tataetika dan perlembagaan parti akan disampaikan kepada kepimpinan bahagian pada awal bulan depan.
Pemilihan parti di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini, bahagian (9 Oktober hingga 9 November) manakala peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan kepimpinan kanan parti termasuk Presiden pada Perhimpunan Agung parti dari 16 hingga 12 Disember ini.
Tataetika parti sedia ada melarang mereka yang bertanding menganjurkan majlis kenduri dan jamuan bagi mengelakkan gejala rasuah politik.

Calon bertanding juga dilarang daripada membenarkan isteri dan anak mereka memberi hadiah dan wang kepada ahli-ahli parti sepanjang pemilihan.

Perkara 2 Tataetika UMNO melarang ahli-ahli parti daripada menggunakan apa juga kuasa yang ada pada mereka dengan tujuan mendapat undi atau sokongan di dalam mana-mana pemilihan parti.

Perkara 2.2 pula melarang ahli parti daripada membenarkan isteri dan anak-anak memberi hadiah atau wang kepada ahli parti itu merujuk kepada imbuhan berupa wang, barang-barang, tambang percuma, kemudahan perjalanan, perkhidmatan atau hiburan.

Ahli parti juga dilarang daripada menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah dan majalah yang ada unsur-unsur menyokong seseorang untuk berkempen.

Mereka dilarang menyebarkan sebarang pernyataan secara lisan atau tulisan yang disiarkan melalui apa-apa kaedah (media cetak, elektronik dan Internet) yang berunsur menyokong, fitnah memfitnah, pernyataan palsu, mencela dan mengeji mana-mana ahli.

Perkara 4.2 pula menegah ahli parti menjadi ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mana-mana calon bertanding.Mereka yang didapati bersalah melanggar tataetika itu boleh dihukum termasuk dipecat daripada parti.

KeMaNa aRaH PoLiTik NASAR?????

Mesyuarat AJK Pemuda Putrajaya yang dari awalnya berlangsung dengan baik, diakhiri dengan satu kejutan apabila Zaki mengumumkan pemecatan Nasar dari jawatan AJK lantikan. (senator kata kawan-kawan). Jawatan tersebut berikan kepada Tun Faisal. Walau apapun alasan yang diberikan, menjelang tempoh pemilihan ini dan walaupun hak melantik itu merupakan hak budi bicara (prerogratif) Zaki, pelbagai persepsi sinis dilontarkan. Antaranya, kenapa Nasar dan tidak Aziz Ahmad. Sedangkan Aziz sangat kurang menyumbang kepada Pemuda Putrajaya kecuali penyokong kuat Zaki semasa pemilihan 2004. Kehadiran Aziz dalam mesyuarat AJK Pemuda juga sangat jarang berbanding Nasar yang sentiasa memberikan pandangan konkrit dan membina.........Apa komentar rakan-rakan????